Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

RM80 Juta peruntukan Tabung Bencana Pertanian, bantu petani, penternak dan nelayan terjejas

  • Published in Nasional

MERLIMAU, 28 November - Sejumlah RM80 Juta yang diperuntukan untuk Tabung Bencana Pertanian dijangka memberi manfaat kepada petani, penternak dan nelayan yang turut terkesan akibat musim tengkujuh. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pengagihan akan dibuat setelah pihak MAFI melakukan penilaian dengan fokus kepada kumpulan terjejas teruk ketika COVID-19.

Jelasnya, persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh juga perlu disertakan menerusi tabung berkenaan memandangkan ia memberi kesan kepada semua nelayan setiap tahun.

Dalam masa sama beliau turut memaklumkan Kerajaan komited dalam membantu mereka yang terjejas akibat situasi semasa COVID-19 dan bencana seperti banjir.

Sebelum ini Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, memaklumkan bantuan berkenaan akan memanfaatkan petani terdiri daripada pesawah, nelayan, pengusaha akuakultur, pekebun dan penternak yang mengalami kehilangan pengeluaran hasil.