Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Tebing runtuh di Sungai Rinting, proses membersihkan laluan sungai bakal dijalankan

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 28 November - Berikutan isu tebing Sungai Rinting yang runtuh baru – baru ini.

Keadaan tersebut dianggap mengancam keselamatan penduduk Kampung Sungai Rinting D, Pasir Gudang, Johor Bahru, terutama semasa menghadapi musim hujan dan banjir.

Ketika ini laluan sungai tersebut tersekat dengan tanah dan batuan tebing menyebabkan paras air melimpah keluar dari sungai berkenaan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, runtuhan tebing tersebut berkemungkinan berpunca daripada struktur yang dibina berdekatan tebing berkenaan.

Ketika ini pihak Jabatan Pengairan Sungai Negeri, bersama Majlis Tindakan Daerah Johor Bahru, sedang merangka anggaran kos bagi mendirikan semula tebing tersebut dan kerja membersihkan laluan sungai tersebut bakal dijalankan dalam masa terdekat.