Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Banjir Terengganu: 1,342 Penduduk di 10 PPS

  • Published in Nasional

TERENGGANU, 28 Nov - Perkembangan banjir.

Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu sehingga pukul 11 malam mencatatkan 1,325 penduduk daripada 342 keluarga di 10 Pusat Pemindahan Sementara, PPS.

apa buah kampung ditenggelami air sedalam satu meter.

Ini termasuk Kampung Teladas dan Kampung Tanjung di Air Putih dan Kampung Padang Kubu di Hulu Chukai.

Sementara itu bagi daerah Dungun pula merekodkan 331 penduduk daripada 97 keluarga di 2 PPS.

Daerah Kuala Nerus mencatatkan 7 penduduk terjejas daripada 2 keluarga di sebuah PPS.

Manakala Daerah Kuala Terengganu kekal dengan 17 penduduk daripada 4 keluarga dan Marang juga kekal 14 penduduk daripada 5 keluarga dengan masing masing ditempatkan di satu PPS