Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

SPR akan bincang dengan KKM dan MKN mengenai penilaian risiko

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 28 Nov - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya dan PRK Parlimen Gerik yang dijadual 16 Januari depan.

KKM juga akan membuat penilaian risiko bagi mengetahui sama ada PRK itu boleh dilaksanakan di kedua-dua kawasan tersebut.

SPR menetapkan pengundian PRK bagi DUN Gerik dan Bugaya dijalankan serentak pada 16 Januari depan manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 12 Januari.