Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Tongkang Pecah, Batu Pahat jalani PKPB bermula Ahad ini

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 27 November - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB berkenaan akan berkuat kuasa bermula Ahad ini sehingga 13 Disember.

PKPB itu akan melibatkan 16,300 penduduk.

Sehingga kini, KKM telah melaksanakan sebanyak 672 ujian saringan dan 56 kes positif COVID-19 telah direkodkan di kawasan tersebut.

Sementara itu, PKPB di daerah Kuching, Sarawak ditamatkan hari ini.