Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Pekerja asing wajib jalani ujian saringan COVID-10 bermula 1 Disember

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 27 November - Bermula 1 Disember, semua pekerja asing perlu menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK Antigen.

Pada peringkat awal 100,000 ujian akan dilaksanakan bermula dengan Selangor dan Negeri Sembilan, diikuti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Labuan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majikan akan mengatur janji temu dengan fasiliti kesihatan swasta bagi ujian berkenaan.

Kementerian Sumber Manusia juga telah mula melaksanakan penguatkuasaan ke atas perumahan serta penempatan pekerja warga asing di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta (Akta 446).

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sbari memaklumkan pelanjutan operasi pasar harian yang bermula 10 pagi sehingga 4 petang.

Ini berbanding operasi yang dihadkan sehingga pukul 2 petang sebelum ini.

Waktu operasi baharu itu berkuat kuasa esok.