Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

COVID-19: Kes baharu 1,109, 4 kluster baharu dikesan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 27 November - Kes positif COVID-19 dalam negara mencatatkan peningkatan semula kepada empat angka iaitu 1,109 kes.

Bagaimanapun kes pulih terus mencatat lebih seribu kes iaitu 1,148 menjadikan ke semuanya sebanyak 50,204 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dua kes kematian melibatkan bukan warganegara turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 350 kes.

Sabah kekal merekodkan kes paling banyak, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, empat kluster baharu dikenal pasti melibatkan Sabah, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Jelas Tan Sri Dr. Noor Hisham, Kluster Jalan Tuaran di Kota Kinabalu adalah hasil saringan di tempat kerja.

43 daripada 86 individu yang disaring dikesan positif.

Kluster Tapak Bina Puteh Lama melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur hasil saringan bersasar ke atas pekerja di sebuah tapak binaan.

Manakala Kluster Beringin pula melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang hasil saringan individu bergejala.

37 daripada 3,116 individu yang disaring telah dikesan positif.