Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Pengguna RTK-Antigen dipertingkat sebagai ujian saringan pekerja di lapangan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 November - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertingkat penggunaan kaedah RTK-Antigen sebagai ujian saringan pekerja di lapangan.

Ini kerana kos bagi kaedah RTK-Antigen lebih rendah berbanding kaedah RT-PCR.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata kaedah yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu juga, membolehkan keputusan ujian diperoleh dalam tempoh lebih singkat, iaitu 30 hingga 40 minit.

Setakat ini, lebih 480,000 ujian RTK-Antigen dilaksanakan, dengan 168,925 daripadanya dijalankan di Sabah.

KKM melaksanakan lebih 30,000 kes saringan tertumpu dan berkumpulan di lapangan.

Dalam pada itu, Tan Sri Dr. Noor Hisham memaklumkan, KKM menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R-naught di bawah 0.5.

Dalam pada itu, Tan Sri Dr. Hisham turut memaklumkan sebanyak 2.49 juta individu telah menjalani ujian saringan COVID-19 setakat 20 November.

Kaedah yang digunakan KKM bersifat bersasar melalui penilaian risiko yang dilakukan.

KKM juga melakukan saringan berkala terhadap petugas di hospital, pesakit yang akan menjalani pembedahan, kontak rapat, saringan kelompok dan saringan rawak kepada individu yang tidak bergejala.