Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

COVID-19: KKM tambah fasiliti tangani gelombang ketiga

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 November - Kementerian Kesihatan (KKM) telah menambah lebih banyak fasiliti bagi menangani gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata ia melibatkan saringan, makmal dan hospital yang berupaya mengesan dan mengurus kes-kes baharu yang kian meningkat kebelakangan ini.

Dalam taklimat khas di Putrajaya, Tan Sri Dr Hisham memaklumkan, KKM kini boleh melakukan 59,485 ujian sehari, berbanding 1,000 sebelum ini di 62 makmal seluruh negara.