Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Kekurangan bekalan dari India punca harga bawang merah naik

  • Published in Nasional

 

BATU PAHAT, 21 November - Kenaikan mendadak harga bawang merah India ketika ini, disebabkan kekurangan bekalan, berikutan musim tengkujuh dan banjir di negara itu.

Bagaimanapun, harga bawang import dari negara lain seperti Thailand, Pakistan dan Indonesia, kekal pada kadar biasa.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, pengguna boleh memilih bawang dari negara lain, jika bawang India terlalu mahal.

Beliau ditemui media ketika melawat Kilang Pengeluar Telur Ayam Teo Seng Feedmill di Batu Pahat, Johor.

Sebelum ini, tular mengenai harga bawang merah India yang tinggi di sebuah pasar raya di Shah Alam.

Bawang Merah India itu dijual pada harga RM27 seguni, berbanding RM6.50 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuat kuasa.