Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Penduduk terjejas banjir di PPS perlu patuhi SOP

  • Published in Nasional

BANGAN SERAI, 21 November - Penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan banjir disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata pematuhan SOP penting bagi mengelak mereka ditimpa kecelakaan berganda.

Sekiranya SOP tidak dipatuhi, penduduk yang sudah sedia terkesan dengan bencana alam dikhuatiri berdepan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Palimen Bagan Serai meninjau PPS Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai.