Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

206 individu gagal patuhi penjarakan fizikal

  • Published in Nasional

 

 

KUALA LUMPUR, 21 November - Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal mencatat kesalahan tertinggi semalam melibatkan 206 individu.

Mereka antara 455 individu yang dikenakan tindakan atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut kenyataan, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah individu yang dikenakan tindakan semalam, 427 daripadanya dikompaun, 27 direman manakala seorang lagi dijamin.

Selain itu, 21 individu ditahan kerana rentas negeri dan daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tanpa kebenaran.

Menerusi Op Benteng pula, 28 pendatang asing tanpa izin serta seorang penyeludup ditahan manakala 3 kenderaan dirampas.

Sejak 24 Julai hingga semalam, 72,062 individu pulang ke tanah air melalui pintu sempadan antarabangsa.

Mereka ditempatkan di 72 hotel dan 19 premis lain termasuk Institut Latihan Awam serta swasta.

Daripada jumlah itu, 10,396 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 404 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 61,262 individu sudah discaj dan dibenarkan pulang.