Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Deklarasi Kuala Lumpur 2020 beri penekanan kepada 6 fokus

  • Published in Nasional


KUALA LUMPUR, 21 November- 
Deklarasi Kuala Lumpur 2020 menutup tirai Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC 2020) yang berlangsung sejak Isnin lepas, mengandungi enam fokus.

Resolusi diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, setelah keputusan konsensus dicapai pemimpin negara anggota, selepas Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM).

Deklarasi Kuala Lumpur meliputi usaha bersepadu untuk memerangi COVID-19 dan mendepani impak penularannya.

Komitmen kedua adalah pengisytiharan Visi Putrajaya APEC 2040 yang merangka masa depan untuk rantau ini.

Ia adalah lanjutan Matlamat Bogor 1994.

Visi tersebut bersifat terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman untuk dicapai komuniti Asia Pasifik menjelang 2040 demi kemakmuran bersama, merangkumi generasi masa depan.

Pelan Pelaksanaan yang komprehensif akan dimuktamadkan untuk dipertimbang pada 2021.

Seterusnya, deklarasi tersebut menggariskan penyediaan persekitaran perdagangan dan pelaburan lebih baik di rantau Asia Pasifik, dengan menyokong langkah pembaharuan yang dilaksana Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Tan Sri Muhyiddin menjelaskan, negara-negara anggota akan terus memajukan integrasi ekonomi di rantau ini, dengan cara yang dipacu oleh pasaran.

Ia termasuk menerusi agenda kawasan perdagangan bebas asia pasifik (FTAAP) yang akan terus menyumbang kepada pelaksanaan usaha serantau yang berkualiti dan menyeluruh.

Turut terkandung dalam Deklarasi Kuala Lumpur 2020, pembangunan bidang teknologi dan ekonomi digital bagi memacu ekonomi serantau dan global.