Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Individu dari zon merah kembali ke Kelantan bawa jangkitan punca penularan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Nov - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan, jangkitan COVID-19 di Kelantan berpunca individu dari zon merah kembali ke negeri berkenaan dengan membawa jangkitan virus.

Beliau berkata, ia melibatkan beberapa kluster di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Setakat ini terdapat 73 kes aktif di Kelantan dengan daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 31 kes dan Machang pula dengan 22 kes, dengan keduanya diletakkan sebagai zon jingga.