Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Pemulihan ekonomi negara anggota perlu giatkan aktiviti dagang dan pelaburan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 21 Nov - Pada perkembangan sama, APEC perlu berperanan utama dalam menerajui langkah pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19.

Ia mengambilkira kapasiti APEC, sebagai kumpulan negara yang menyumbang 60% kepada KDNK global.

Ke arah itu, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan, negara-negara APEC perlu berdagang dan melabur sebagai jalan keluar daripada kemerosotan ekonomi semasa.

Juga, bekerjasama mewujudkan hala tuju ekonomi serantau yang mantap, menyeluruh dan mampan.

Sejak tahun 2000, aliran masuk modal ke dalam ekonomi APEC telah meningkat dua pertiga dan aliran keluar modal meningkat tiga kali ganda.

APEC kini membentuk separuh daripada 10 penerima pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dunia.