Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Donald Trump wakili AS sertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 19 November - Presiden Donald Trump akan mewakili Amerika Syarikat (AS) bagi mengikuti Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC secara maya esok.

Menurut Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob, beliau mendapat panggilan telefon daripada wakil pemimpin kanan SOM AS, Sandra Oudkrik.

Mesyuarat yang dijadual bermula pukul 8 malam esok, turut dihadiri semua 21 ekonomi APEC.

Mereka akan memuktamadkan Visi Pasca 2020 dan Deklarasi Pemimpin bersama.