Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

ADUN Bugaya meninggal dunia, jenazah dijangka dikebumikan hari ini

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datin Manis Muka Mohd Dara, 65 tahun, meninggal dunia, tengah hari tadi di sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah.

Berita pemergian Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (WARISAN) Semporna itu disahkan Naib Presiden WARISAN, Datuk Jaujan Sambakong ketika dihubungi RTM.

Menurut Datuk Jaujan, jenazah dijangka dikebumikan di Semporna, hari ini.

Datin Manis Muka sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan berkenaan kerana masalah buah pinggang.