Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

PKPP: Lesen premis hiburan di Iskandar Puteri, JB dibatalkan jika pemilik masih berdegil

  • Published in Nasional

JOHOR BHARU, 27 Oktober - Masih berdegil beroperasi sepanjang tempoh PKPP, pemilik premis hiburan di Iskandar Puteri dan Johor Bahru, Johor berisiko dibatalkan lesen perniagaan masing-masing.

Tegas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil, dua kawasan itu kini dalam radar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hasil pemantauan pihaknya.

PBT setiap daerah giat menjalankan pemantauan memandangkan pusat hiburan menjadi tempat pengumpulan orang ramai dan kes COVID-19 kini membimbangkan.

Pemantauan turut fokus kepada premis-premis yang mengubah bangunan mereka menjadi pusat hiburan.

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya di Johor Bahru, Johor.

Beberapa pusat hiburan sekitar dua daerah itu juga telah disita, selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.