Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Pelanjutan Tempoh PKPB: Kesemua Institusi Pendidikan yang berdaftar dengan KPM terus ditutup

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Selaras dengan pengumuman pelanjutan tempoh PKPB .

Kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan terus ditutup sehingga 9 November ini.

Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan memaklumkan institusi pendidikan yang terlibat termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Justeru, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Selain itu, manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my