Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Pemilihan nama kluster COVID-19 ikut latar belakang kes

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan pemilihan nama kluster adalah berdasarkan latar belakang kes indeks bagi kluster tersebut.

Nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat kediaman dan tempat kerja kes indeks.

Ia bagi memastikan komunikasi berkesan antara pihak yang terlibat dalam kawalan dengan pengurusan kluster.

Kementerian Kesihatan berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahu pun organisasi yang terlibat.