Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Malaysia jangan hilang keseimbangan kesihatan dan ekonomi, rakyat perlu sekali lagi landaikan keluk COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Oktober - Malaysia tidak seharusnya kehilangan keseimbangan antara kesihatan serta ekonomi ketika berdepan penularan COVID-19.

Memuatnaik status berkenaan menerusi facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melihat kehilangan keseimbangan antara dua elemen berkenaan bakal menjurus kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Tegasnya, negara berdepan cabaran dalam melindungi serta mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam melandaikan sekali lagi lengkuk jangkitan COVID-19.

Semalam 710 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan 10 kematian.

Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak penularan pandemik COVID-19 di negara ini menjadikan angka kematian mencecah 214 kes.