Logo

Kerajaan beri perhatian khusus tangani penularan COVID-19 di Sabah

PUTRAJAYA, 18 Oktober - Kerajaan komited dan memberi perhatian khusus kepada Sabah ekoran peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelbagai bantuan telah dihantar dan diagih seperti bantuan kewangan, keperluan kesihatan, menambah kekuatan anggota dan aset keselamatan.

Demografi Sabah yang luas dan jumlah penduduk ramai memerlukan kerajaan memberi tumpuan khusus.

Bagaimanapun, kawalan anggota keselamatan sahaja tidak memadai tanpa peranan masyarakat setempat dan pemimpin di peringkat komuniti.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.