Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

6,300 Bantuan Bakul Makanan telah diagih di 7 lokaliti PKPD di Sabah

  • Published in Nasional

SABAH, 17 Oktober - Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan 6,300 Bantuan Bakul Makanan kepada penduduk yang terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 7 lokaliti di Semporna dan Kunak, Sabah,

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dalam satu kenyataan media menegaskan akan terus meningkatkan operasi bantuan bakul makanan mencukupi kepada penduduk terjejas di seluruh negara.

Beliau turun padang meninjau kesiapsiagaan Pusat Operasi Sementara Bantuan Bakul Makanan di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi, Selangor.

Dalam pada itu, 799,583 bantuan bakul makanan telah diagih dan memberi manfaat kepada hampir 3.1 juta rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sebelum ini.

Manakala bagi kawasan PKPD di Selangor dan Kedah ketika ini, penyaluran Bantuan Bakul Makanan kepada penduduk yang terlibat sedang diuruskan.