Logo

COVID-19 Sabah: 489 kes baharu


KOTA KINABALU, 17 Oktober- 
Sebanyak 489 kes baharu positif COVID-19 direkodkan semalam, melibatkan 22 daerah.

Ranau kini menjadi zon merah, menjadikan 12 daerah di Sabah berada di zon merah.

Manakala 11 daerah berada di zon kuning.

Tiga daerah iaitu Nabawan, Telupid dan Tongod pula kekal sebagai zon hijau.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi, dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada keseluruhan kes yang dilaporkan semalam, 72 kes melibatkan sembilan kluster.

Manakala 271 kes merupakan kontak kes positif yang tidak melibatkan kluster.

Kes COVID-19 yang dikesan melalui saringan mereka yang bergejala pula 85 orang.

22 lagi disahkan positif melalui saringan dalam komuniti.

Sehingga 15 oktober lalu, 298,971 ujian makmal telah dijalankan.

Pertambahan bilangan makmal serta aktiviti saringan yang dipergiat membolehkan lebih banyak kes COVID-19 dikesan dalam masa yang singkat.

Bagi menampung bilangan kes COVID-19 yang semakin meningkat, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama kerajaan negeri dan jabatan berkaitan bersetuju membuka pusat rawatan atau wad tambahan di beberapa daerah. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.