Saturday, 24 October 2020

updated 8:19 AM UTC, Oct 24, 2020

Nahas tiga kenderaan: Lelaki maut, wanita parah, tiga lagi cedera ringan

  • Published in Nasional

JERLUN, 14 Oktober - Seorang maut, seorang parah, manakala 3 lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta.

Kemalangan berlaku di Jalan Kangar- Alor Setar berdekatan Titi Jerlun Simpang Kemboja, kira-kira pukul 7:47 malam tadi.

Jabatan Bomba dan penyelamat negeri dalam kenyataannya mengesahkan, mangsa, 37 tahun, yang memandu sebuah kereta maut di lokasi.

Manakala, wanita yang duduk di bahagian penumpang, 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas tersepit, namun berjaya di keluarkan pihak bomba.

Pemandu sebuah lagi kereta, warga emas berusia 60 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan.

Dalam kejadian itu, kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita, tersasar dan masuk ke dalam parit.

Kedua-dua mangsa yang cedera ringan, berjaya diselamatkan orang ramai.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital yang sama bagi rawatan lanjut.