Wednesday, 28 September 2022

Bantuan Musa'adah Khas Siswa disalur kepada pelajar IPT B40

  • Published in Nasional


SHAH ALAM, 5 Oktober-
Berikutan isu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memaklumkan bantuan Musa'adah Khas Siswa daripada Tabung Musa'adah COVID-19 diagihkan kepada wakil-wakil kolej kediaman.

Ia seterusnya disampaikan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan asnaf yang memerlukan.

"Kita akan cuba sedaya upaya membantu pelajar-pelajar UITM dan UKM yang terkandas atau hendak pulang melalui bantuan khas sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan daripada beberapa agensi-agensi agama."

Musa'adah Khas Siswa siri satu itu berjumlah RM50,000 untuk pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Datuk Dr Zulkifli ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutup dan penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran KAFA peringkat kebangsaan di Shah Alam.