Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Risiko banjir : RM66 juta diluluskan untuk melaksanakan 802 projek pemuliharaan sungai

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 27 September - Peruntukan RM66 juta diluluskan untuk melaksanakan 802 projek pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negara.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia tambahan kepada peruntukan sedia ada yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi sebanyak RM80.3 juta untuk pelaksanaan 615 projek.

Projek membabitkan pemuliharaan tebing sungai, naik taraf sistem saliran dan kerja-kerja kecemasan luar jangka.

Dianggarkan seramai 500,000 penduduk di kawasan yang dikenal pasti akan menerima manfaat apabila kesemua projek berkenaan siap menjelang akhir tahun ini.

Terdahulu, Datuk Seri Tuan Ibrahim menyempurnakan majlis cabutan undi bagi kerja-kerja di bawah peruntukan KASA bagi jajahan Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu.