Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Waspada ancaman keganasan semasa dunia

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 27 September - Negara-negara anggota PBB perlu terus waspada terhadap kemungkinan ancaman keganasan semasa dunia dalam tempoh tidak menentu ketika ini.

Justeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komunikasi telus, rangkaian kerja serta kerjasama risikan yang lebih baik di peringkat negara dan antarabangsa amat penting bagi memerangi keganasan dan radikalisme.

Tan Sri Muhyiddin turut menyentuh mengenai perbezaan dalam Majlis Keselamatan PBB yang telah menjadikan badan itu kerap kali tidak tegas dan tidak berkesan.

Beliau berkata, masyarakat sejagat perlu mengakui bahawa selepas lebih tujuh dekad, keamanan dan keselamatan dunia tidak seharusnya terus ditentukan oleh hanya segelintir negara.

Perdana Menteri menegaskan, sudah tiba masanya komposisi Majlis Keselamatan lebih menggambarkan keanggotaan semasa PBB.

Lima kerusi tetap yang mempunyai hak Veto telah membuktikan organisasi tersebut memerlukan perubahan.

Ini kerana, sesebuah pakatan tidak mungkin berupaya mencapai matlamat sama jika ada satu pihak berpendapat ia lebih berhak membuat keputusan berbanding yang lain.