Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Kerajaan Sabah umum cuti khas esok sempena PRU Sabah

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 25 September - Kerajaan Sabah memutuskan esok sebagai Hari Kelepasan Am Khas.

Ia bagi membolehkan rakyat di negeri itu menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi bersempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah ke-16.

Ketua Menteri Kerajaan Sementara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerusi satu kenyataan memaklumkan, perisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah.

Orang ramai sekali lagi diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard, SOP pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRU DUN Sabah menyaksikan sejumlah 447 calon daripada 15 parti bertanding di 73 kerusi DUN dengan bilangan pengundi seramai 1.12 juta orang.