Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

PKPDP Kota Setar Tamat, Sekolah dibuka semula Ahad ini

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 25 September - Berikutan penamatan PKPDP Daerah Kota Setar, semua sekolah di daerah itu akan dibuka semula Ahad ini.

Keputusan itu diumumkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata, pihaknya telah menerima notis kebenaran buka semula premis daripada Kementerian Kesihatan bertarikh 24 September.  

Susulan itu, guru, kakitangan dan murid yang telah disahkan negatif COVID-19 perlu hadir ke sekolah seperti biasa, Ahad ini.

Manakala guru, anggota kumpulan pelaksana atau murid yang belum mendapat keputusan ujian saringan tidak perlu hadir ke sekolah dan kekal kuarantin di rumah sehingga keputusan diperolehi.

Bagaimanapun, guru-guru berkenaan akan bekerja dari rumah.

Selain itu, murid-murid yang mempunyai ahli keluarga yang positif COVID-19 juga tidak perlu hadir ke sekolah.