Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

72 Operasi ke atas 2,572 premis dan kilang telah dilaksanakan JAS

  • Published in Nasional

BANGI, 25 September - 72 Op Gempur telah dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke atas 2,572 premis dan kilang di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 18 September lalu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemeriksaan dilakukan kepada premis dari pelbagai jenis industri termasuk 70 kilang yang dilesenkan jabatan tersebut.

Menerusi operasi-operasi tersebut, 942 premis didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sebanyak 2,956 tindakan penguatkuasaan telah diambil dibawah perundangan tersebut.

Pihak JAS juga telah mengeluarkan 2,005 kompaun bernilai RM4,010,000 di samping 881 notis arahan dan 28 kertas siasatan untuk tindakan mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengikuti OP Gempur di kawasan Perindustrian Bangi, Selangor.