Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

PKPD Pentadbiran: Bantuan penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 25 September - Pelbagai pihak tampil menzahirkan rasa simpati terhadap situasi yang menimpa penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak di Alor Setar, Kedah selepas keseluruhan rumah pangsa tersebut diarah tutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Tidak terkecuali, Muslimah Surau An-Naim Taman Kelisa, Alor Setar yang turut menghulurkan bantuan berupa ayam mentah kepada 87 buah rumah terlibat.

Pengerusinya, Siti Ajar Yaakob berkata, pihaknya berjaya mengumpul sebanyak RM3,500 ringgit hasil sumbangan daripada muslimah surau berkenaan.

Katanya, bagi mematuhi prosedur operasi standard, SOP semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, PKPD Pentadbiran yang dikuatkuasakan di daerah Kota Setar, kesemua ayam tersebut diagihkan oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM kepada penerima, pagi tadi.

Selain penghuni rumah pangsa tersebut, pihaknya turut menghulurkan bantuan berupa barangan makanan kering dan keperluan lain.

Rumah pangsa tersebut ditutup sepenuhnya bermula 23 September lalu selepas 9 penghuninya disahkan positif COVID-19.