Logo

PKPD Secara Pentadbiran di Kota Setar tamat

 

KOTA SETAR, 25 September - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Secara Pentadbiran di Daerah Kota Setar tamat hari ini.

Bagaimanapun, PKPDP Secara Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak dilanjutkan sehingga 7 Oktober.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko pihak kementerian Kesihatan.

Katanya, seramai 94 orang penduduk di lokasi tersebut telah disaring dan 9 daripadanya didapati positif COVID-19.

Justeru, pelanjutan tempoh berkenaan disasarkan terhadap lokasi rumah pangsa Tongkang Yard bagi membolehkan saringan kedua dilakukan oleh pihak KKM.

Smentara itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama juga akan ditutup bermula esok, 26 September sehingga 9 Oktober ini.

Pihak PDRM dan ATM akan membuat kawalan pergerakan di lokasi tersebut bagi memastikan semua penduduk mematuhi SOP dan Perintah Kuarantin di Rumah.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.