Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Individu miliki dwi kerakyatan, tidak layak mengundi

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 25 September - Individu yang memiliki dwi kerakyatan tidak layak untuk mengundi pada Sabtu ini dan secara automatik lucut hak sebagai pengundi. 

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati mempunyai dwi kerakyatan pada hari tersebut.

Sebanyak enam bilik gerakan di seluruh Sabah berdasarkan zon yang juga merupakan 'Call Centre' dibuka bagi proses pemeriksaan kesahihan kad pengenalan seseorang pengundi yang diragui.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Kota Kinabalu.

Bilik gerakan terbabit berada di Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Tawau, Sandakan dan Kota Marudu.

Ia juga membolehkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR membuat semakan secara terus ke JPN Putrajaya dan boleh mendapat pengesahan kesahihan kad pengenalan pengundi berkenaan kurang dari dua minit.

Datuk Ruslin juga memberitahu, JPN memandang serius maklumat yang diumumkan pihak polis sebelum ini berhubung terdapat kumpulan dari negara jiran yang mempunyai dua kerakyatan akan masuk ke negeri ini untuk mengundi pada Sabtu ini.