Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Ingkar PKPP: 137 individu ditahan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 September - Seramai 67 pendatang tanpa izin (PATI), lima tekong dan tiga penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng, semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, turut dirampas sebuah bot dan 13 kenderaan darat.

Bagi kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan pula, 137 individu ditahan.

Daripada jumlah tersebut, 111 individu dikenakan kompaun, 25 direman dan seorang dijamin.

Antara kesalahan ingkar PKPP termasuklah aktiviti dalam pub atau kelab malam, tiada penjarakan fizikal, keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD dan disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran.