Saturday, 24 October 2020

updated 9:53 AM UTC, Oct 24, 2020

71 Kes positif COVID-19 majoriti kes di Sabah

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 September - Jumlah kes positif COVID-19, HARI INI kembali kepada dua digit dengan 71 kes baharu dilaporkan.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 69 kes penularan tempatan melibatkan 43 warganegara dan 26 kes bukan warganegara.

Jelas Tan Sri Dr. Noor Hisham, majoroti kes berlaku di Sabah, iaitu sebanyak 63.

47 daripada Kluster Bangau-Bangau, 10 kes daripada Kluster Laut dan dua kes saringan kemasukan ke hospital.

Masing-masing satu kes Kluster Benteng Lahad Datu, saingan rujukan ke Hospital Tawau, saringan pra prosedur di Hospital Semporna dan saringan bergejala di pusat perubatan melibatkan warganegara.

Kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Quuen Elizabeth.

Jangkitan di kluster lain pula melibatkan empat kes daripada Kluster Sungai, dua kes saringan bergejala melibatkan warganegara yang mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah.

Hari ini, tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kekal 133 kes.

Enam kes sedang dirawat di unit rawatan rapi, dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 777.