Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

ATM nafi berlaku jangkitan COVID-19 kalangan anggota

  • Published in Nasional

SABAH, 24 September - Angkatan Tentera Malaysia, ATM menafikan dakwaan berlaku jangkitan COVID-19 dalam kalangan warganya setelah mencelup jari dalam dakwat semasa proses undi awal PRU DUN SABAH, Selasa lalu.

Kenyataan Markas ATM menjelaskan, maklumat tular di media sosial tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Ia bagi mengelak dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebarang maklumat terkini situasi semasa penularan wabak, boleh mendapatkannya melalui saluran rasmi Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.