Saturday, 24 October 2020

updated 8:47 AM UTC, Oct 24, 2020

Individu bergejala dari zon merah wajib saringan COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 September - Individu bergejala yang baharu mengunjungi atau datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan berhampiran.

Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, individu yang tidak bergejala dari zon berkenaan juga amat digalakkan melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri.

Sehingga hari ini, terdapat lima zon merah melibatkan empat zon di Sabah dan satu zon di Kedah.

Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan, R naught atau kebolehjangkitan dilihat tidak stabil dan kembali meningkat.

Semalam ia telah meningkat kembali kepada 1.34 iaitu melebihi satu, yang mana Sabah adalah 1.37 dan Kedah pula 1.15.