Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

3 PATI dan seorang pemandu teksi ditahan di Kota Tinggi Johor

  • Published in Nasional

KOTA TINGGI, 24 September - Tiga wanita pendatang asing tanpa izin diberkas Pasukan Batalion Pertama, Rejimen Renjer Diraja di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor pagi tadi.

Turut ditahan seorang pemandu teksi warga tempatan berusia 70 tahun.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, semua PATI berusia 37 hingga 40 tahun itu baru tiba di Malaysia.

Sebelum itu, pemandu teksi berkenaan mendakwa kenderaannya rosak namun selepas meneliti telefon bimbitnya, dia sedang menunggu kumpulan PATI tersebut.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui tiga wanita itu di kawasan berhampiran.

Nilai rampasan dianggarkan lebih 57 ribu ringgit dan semua PATI dibawa menjalani saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada polis.