Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Semua masjid di Pahang dititah adakan solat hajat

  • Published in Nasional

KUANTAN, 24 September - Masjid di seluruh negeri Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya majlis itu diadakan selepas solat Maghrib, hari ini.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Tengku Hassanal Ibrahim menitahkan supaya solat hajat turut diadakan selepas solat Jumaat, esok.

Baginda dalam titahnya, turut mendoakan agar Allah melindungi negara dan Pahang daripada segala bencana, wabak, malapetaka serta huru-hara.

Selasa lalu, Istana Negara mengesahkan Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang, dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas berasa kurang selesa dengan kesihatan.

Seri Paduka dikhabarkan tidak berada dalam keadaan membimbangkan.