Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

7 projek tebatan banjir bakal dilaksana - DBKL

  • Published in Nasional


KUALA LUMPUR, 24 September- 
Tujuh lagi projek tebatan banjir bakal dilaksana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun ini.

Ia melibatkan kos RM28.5 juta.

Menurut Timbalan Pengarah Saliran (Parit Induk), Mohd Ali Paimin, pembangunan di Kuala Lumpur juga perlu dipantau secara menyeluruh.

"Kita akan cuba beri syarat kepada pihak swasta agar membangunkan kolam takungan di kawasan pembangunan."

Selain mengkaji semula sistem perparitan Manual Saliran Mesra Alam (MSMR 2), longkang berusia 10 hingga 20 tahun perlu dinaik taraf.

Beliau ditemui di Angkasapuri selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia.