Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Lebih 600 petugas kesihatan KKM alami pelbagai masalah psikologi ketika penularan COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 18 September - Lebih 600 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalami pelbagai permasalahan berkaitan psikologi ketika penularan pandemik COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia meliputi tekanan dan beban kerja yang melampau sehingga meninggalkan kesan psikologi ke atas petugas kesihatan.

KKM telah menyediakan platform khas untuk petugas kesihatan yang mengalami permasalahan di samping menyediakan talian psiko sosial dan talian kasih yang dikendalikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran Putrajaya In Orange di Putrajaya sempena Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020.

Putrajaya In Orange merupakan simbolik solidariti terhadap komitmen keselamatan pesakit.

Orang ramai boleh menikmati pemandangan 32 bangunan dan tiga jambatan di Putrajaya yang bermandikan cahaya berwarna jingga sehingga 20 September ini.

Tahun lepas, Menara Kuala Lumpur bersama 88 mercu tanda dan bangunan di seluruh dunia diterangi cahaya jingga pada malam Hari Keselamatan Pesakit Sedunia yang diraikan setiap 17 September.