Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

68 individu ditahan ingkar PKPP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 16 September - Seramai 68 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Daripada jumlah itu, 66 individu di kompaun manakala 2 lagi di reman.

Menurut kenyataan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara kesalahan termasuk ingkar perintah PKPD, gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri, tidak memakai pelitup separuh muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Semalam, 120 PATI dan dua tekong ditahan dalam Operasi Benteng.

Turut dirampas, 3 kapal dan 4 kenderaan darat.

Sementara itu, 29,438 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 19,630 telah discaj dan dibenarkan pulang.

Manakala 9,737 individu lagi sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 71 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Mereka ditempatkan di 72 Hotel dan 8 premis lain termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta.