Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

PKPD Kota Setar, sektor pelancongan Langkawi turut terkesan

  • Published in Nasional

LANGKAWI, 16 September - PKPDP di Kota Setar Kedah turut memberi impak kepada pelancongan Langkawi. 

Langkawi yang sebelum ini sudah menerima kehadiran pelancong kini kembali sunyi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi LADA, Dr Hezri Adnan, selain pengurangan akses pengangkutan ke pulau ini dari Kota Setar, orang ramai juga mungkin bimbang untuk mengunjungi Langkawi ekoran penularan wabak itu di daerah tertentu Negeri Kedah.

Beliau yang juga Pengerusi Panorama Langkawi Berhad (PLSB) berkata, orang ramai tidak perlu bimbang untuk mengunjungi pulau ini kerana ia masih selamat dan tiada kes COVID-19 dikenal pasti.

Beliau bercakap dalam sidang media sempena Pembukaan Tarikan Baharu di Oriental Village iaitu Muzium Selfie 'The Dessert Series'.

Muzium Selfie yang diperkenalkan oleh PLSB anak syarikat LADA itu merupakan platform seni swafoto bagi pengunjung untuk meneroka pengalaman baharu apabila tiba di Langkawi SkyCab.

Lebih menarik, muzium yang mempunyai 5 zon itu turut dilengkapi 'Starlight Room' iaitu bilik yang berkonsepkan cermin infiniti di mana lebih 300 lampu LED diprogramkan dengan teknologi khusus yang pastinya memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung.