Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

PKPD Pentadbiran Kota Setar, empat lagi laluan ditutup elak pergerakan keluar-masuk

  • Published in Nasional

 

KOTA SETAR, 16 September - Empat lagi laluan di Daerah Kota Setar ditutup bagi mengawal pergerakan keluar atau masuk ketika PKPD Pentadbiran yang masuk hari ke-16 di daerah itu.

Penutupan fasa ke-2 itu, melibatkan sempadan daerah Pendang dan Kota Setar.

Kenyataan di laman web rasmi IPD Kota Setar menyebut, penutupan itu melibatkan laluan di persimpangan Jalan Tok Keling, persimpangan sempadan Jalan Kota Setar-Pendang iaitu di kilometer 7 Alor Setar ke Tanah Merah, Pendang.

Turut ditutup persimpangan Jalan Tualang-Tok Biar, Kubur Panjang iaitu laluan dari titi Haji Deris ke Tualang, Tok Biar.

Begitu juga laluan di persimpangan lampu isyarat Titi Haji Idris.

Sekatan Jalan Raya, kekal 9 lokasi.