Thursday, 24 September 2020

updated 1:11 PM UTC, Sep 24, 2020

Pendidikan Sejarah ejen sosialisasi semangat cintakan negara

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 15 September - Pendidikan sejarah di sekolah merupakan ejen sosialisasi bagi menyubur semangat cinta akan negara selain melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik.

Bagaimanapun, ia memerlukan penghayatan maksimum dalam kalangan masyarakat untuk meneruskan kelangsungan kemerdekaan; di samping mengamalkan nilai-nilai perpaduan yang utuh.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berpandangan, pendidikan sejarah juga perlu dipupuk dan dipraktik sehingga ke alam pekerjaan bagi memperkukuh semangat patriotisme dalam diri setiap individu.

Jelasnya, semangat meraikan sambutan Hari Malaysia dan ulang tahun kemerdekaan ke 63 perlu disemarak meskipun disambut dalam keadaan norma baharu.

Prof Madya Dr Shamrahayu ditemui selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1.