Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Motif seni etnik dan bahasa jadi asas perpaduan pelbagai etnik

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 16 September - Motif pakaian tradisonal pelbagai suku kaum di Sabah bukan sahaja unik dan menarik.

Malah keindahannya kini boleh dihayati masyarakat pelbagai kaum menerusi corak etnik yang diabadikan pada pakaian kasual.

Aktivitis budaya Sabah yang juga Ahli Lembaga Pengarah FINAS, Dr. Rose Patsy Tibok berkata, Corak seni bukan sekadar diaplikasikan pada lukisan mural malah mendapat tempat dalam pakaian kontemporari.

Pakaian dengan motif etnik suku kaum tradisional Sabah seperti kadazan dusun murut amat mendapat permintaan menggalakkan.

Dr. Rose menjadi tetamu program Temu Minda KKMM Edisi Khas Sambutan Hari Malaysia: Negeri Di Bawah Bayu bertajuk "Kita Kaya Budaya Bah" di RTM Kota Kinabalu.

Program dihoskan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Transformasi tradisi dan budaya ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan antara pelbagai etnik di negeri ini.

Ia turut membuktikan generasi muda mula menghargai dan meminati khazanah dan warisan tradisi lebih 60 etnik di Sabah.

Selain seni dan budaya, bahasa Melayu juga menjadi bahasa penghubung dalam kepelbagaian bahasa dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah.