Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Anifah Aman nafi tuduhan Shafie Apdal berhubung kontrak 100 tahun tanah Yayasan Sabah

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 16 September - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman menafikan tuduhan Ketua Menteri Kerajaan Sementara Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal terhadap keluarganya berhubung kontrak 100 tahun bagi tanah Yayasan Sabah.

Datuk Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah mendakwa, Datuk Seri Anifah sekeluarga menyalah gunakan kuasa untuk memperoleh kontrak tanah yayasan tersebut.

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, Datuk Seri Anifah menegaskan, beliau tidak akan terlibat dengan taktik kempen kotor Datuk Seri Shafie dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas PRU DUN Sabah.

Tindakan itu juga adalah tidak bermaruah dengan memburukkan nama pesaing serta keluarga semata-mata untuk memenangi pilihan raya, selain dianggap tidak beretika dan tidak profesional.

Datuk Seri Anifah pernah memegang jawatan Menteri Luar dari 2009 hingga 2018 dan bekas Ahli Parlimen P.176 Kimanis.