Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Banci 2020 tamat tempoh 15 hari lagi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 16 September - Kerajaan menggesa orang ramai mengambil bahagian dalam Banci 2020 melalui e-Census yang akan tamat dalam tempoh 15 hari lagi.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berikutan pandemik COVID-19 sehingga kini, hanya 1.5 juta rakyat selesai mengisi e-Census.

Angka tersebut masih di bawah sasaran kerana Malaysia mempunyai kira-kira 32.7 juta penduduk.

Walaupun begitu, kerajaan telah menetapkan SOP yang ketat bagi operasi banci di kediaman persendirian dan kediaman institusi.

Pautan e-Census boleh dicapai melalui laman sesawang www.mycencus.gov.my.