Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Lebih 26,000 rakyat Malaysia terkandas di luar negara telah pulang

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 16 September - Hampir kesemua warganegara Malaysia yang terkandas di luar negara sepanjang penularan pandemik COVID-19 sudah dibawa pulang.

Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Dato' Kamarudin Jaffar, sebahagian rakyat Malaysia yang terkandas di India dalam proses pengurusan untuk dibawa pulang.

Setakat ini, kementeriannya telah membawa pulang lebih 26,000 rakyat Malaysia dari beberapa negara terjejas.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Cek Sumbangan oleh Kerajaan Malaysia kepada Kedutaan Besar Lubnan di Putrajaya.